Dunia Email ku

Just another WordPress.com weblog

Tanggungjawab Suami

Seorang suami yang baik, adalah yang taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapa. Manakala, seorang isteri yang baik ialah yang taat kepada Allah, Rasul, suami dan ibu bapa. Bagi wanita yang belum berkahwin, dia perlulah taat kepada ibu bapanya tetapi sebaik sahaja berkahwin, dia perlulah taat kepada suaminya dan kemudian barulah kedua ibu bapanya.

Berikut adalah tanggungjawab suami terhadap isteri:

a) memberikan maskahwin
– Memberikan keizinan kepada isterinya untuk keluar menuntut fardhu ain jika dia sendiri tidak mengajarnya.
– Memberi keizinan jika isteri ingin menziarahi keluarganya.
– Memberi keizinan kepada isteri untuk membeli keperluan harian di kedai atau pasar.

b) memberi nafkah zahir
– memberikan tempat tinggal yang sesuai
– menyediakan makan minum yang mencukupi
– menyediakan pakaian yang sesuai
– menyediakan alat pembersihan badan
– memperuntukkan belanja rawatan atau perubatan

c) memberi nafkah batin
– mempergauli isterinya dengan baik dan kasih sayang
– mempergauli isterinya ketika sihat, tidak di dalam nifas atau haid
– tidak menyakiti isterinya
– mengucapkan terima kasih di atas apa sahaja yang dilakukan oleh isteri untuknya

d) sikap kepimpinan
– berterus terang atas sesuatu perkara agar jelas dan tidak menimbulkan salah faham
– tidak memperturutkan kehendak isteri (apabila si isteri meminta yang bukan-bukan)
– membetulkan jika nusyuz
– mendoakan untuk isteri, anak-anak dan keluarganya
– memelihara dan melindungi keluarganya
– memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh ahli keluarga yang lain
– bertimbang rasa dalam menentukan sesuatu perkara
– tolong menolong antara satu sama lain

August 21, 2009 - Posted by | Keluarga

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: