Dunia Email ku

Just another WordPress.com weblog

TIPS : Menghidu kecurangan suami

Salam… 

1. Tahu tak siapa yang berpotensi untuk menjadi kekasih suami kita? – teman rapat, kawan sekerja yang selalu outstation bersama dan juga kekasih lama.

2. Kekasih lama – tanpa mengetahui apa sebab suami berpisah dengan dia, sebenarnya is a bigger threat. Suami mungkin masih ada rasa cinta kepada kekasih lama. Jika tiba-tiba bertemu semula, awas lah! Memang perasaan cinta itu akan timbul semula lebih2 lagi kalau kekasihnya itu pun memang layan suami kita.

  • Tak perlu risau.. Kalau dah memang jodoh… sekat la macam mana sekalipun.. Allah pasti melaksanakannya. -.. Cuma apakah anda kufur kepada jodoh & ketentuan Allah SWT?

3. Bila suami mula jaga badan dan berdandan – tak macam selalu, selekeh atau tak ambil kisah penampilan diri! Ini menunjukkan suami dah mula beri perhatian kepada somebody.

  • Tak sangkalah pula perempuan suka suami yang selekeh.. sebagaimana selekehnya kebanyakan isteri2 di rumah…

4. Taliponnya selalu silent atau padam kalau kat rumah – memang ada yang dia sembunyikan. Periksa sekali sekala handphonenya tu! Kalau ada sms yang mencurigakan, tanya dia. Atau ada sms yang pelik2, kadang tu itu adalah kod rahsia dia berdua.

  • Bukan susah nak delete messages, last call, missed call, incoming calls..

6. Suami mula dingin atas katil! atau mula nampak kelemahan kita, mula komplen kita tak pandai itu tak pandai ini! Kalau tak komplen pun, dia masam muka 

  • Kalau isteri pula mula dingin di ranjang… apakah boleh disamakan konklusinya? -?

7. Suami banyak termenung sendiri sambil senyum2…haa, ini baru mula menjalin hubungan

  • Umar al-Khattab ra ketawa & menangis sendirian… lalu sahabat ra lain bertanya kenapa?…
  • Lalu Umar menceritakan kisah silam jahiliyahnya .. Bagaimana dia memakan “Tuhan” kurmanya & menanam anak perempuannya hidup2.. ( ada yang mempertikaikan kesahihan kisah menanam anak perempuan hidup2 )

8. Suami mula pelupa!…fikirannya celaru dan asyik ingat girlfriend dia, jadi banyak benda yang dia lupa

  • Nabi SAW pun mula jadi pelupa apabila ajalnya makin dekat…

9. Kalau out station kita nak ikut, dia beriya-iya pujuk kita tak payah ikut! mungkin dia dah janji dengan girlfriennya nak jumpa masa outstation! Biarpun girlfriend tu jauh, sekarang ni ada tambang murah air asia

  •  Bagaimanakah isteri yang enggan untuk di bawa bersama ketika outstation atas alasan bekerja/menjaga anak2 bersekolah.. -. bolehkah di anggap isteri curang?

10. Memberi perhatian lebih pada kita…ha ini sebenarnya nak mengaburi mata supaya dia boleh divert kita punya syak wasangka

  • Bodohnya… Kalau suami buat dono / tak peduli langsung… agaknya baru dia bahagia..

11. Selalu lewat tidur – dia hendak bersms dengan kekasihnya! Biasanya lewat malam tu masa yang boleh menimbulkan suasana romantis 

  •  Suami yang soleh akan mengadu kepada Allah SWT dalam solat tahajjud di malam hari..

12. Mula tergagap-gagap bila nak menjawab pertanyaan kita yang tiba-tiba, misalnya tanya kenapa nak jaga badan sangat sekarang ni?….atau terkedu bila kita tanya pasal ada tak dia suka perempuan lain?

13.Mula tak berapa ambil peduli anak-anak biarpun selama ini dia sangat mengambil berat hal anak-anak 

14. Rajin menghantar anak ke persatuan waktu cuti dan isteri di rumah. Masa ni dia gunakan untukmenghubungi kekasihnya

Kawan2, saya bukan prejudis terhadap lelaki aka suami. Tapi percayalah saya 100%, kalau suami mula menunjukkan salah satu sikap di atas memang dia ada kekasih!!! Biarpun suami kita ni jenis sembahyang tak tinggal, atau nampak alim!! Ini betul!

Anda bukan prajudis.. tetapi anda telah berburuk sangka…

24.13] Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Hindarilah oleh kamu sekalian berburuk sangka karena buruk sangka adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kamu sekalian saling memata-matai yang lain, janganlah saling mencari-cari aib yang lain, janganlah kamu saling bersaing (kemegahan dunia), janganlah kamu saling mendengki dan janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling bermusuhan tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara

August 21, 2009 - Posted by | Keluarga

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: