Dunia Email ku

Just another WordPress.com weblog

Satay Kajang banyak RECYCLE…*

Dear Kawan-kawan,

Kalau kita pergi ke Kajang, semua orang tidak melepaskan peluang untuk
makan satay kajang di sana. Terutama sekali Satay  Haji Samuri sebab ianya sudah terkenal seantero Malaysia.

Sekarang ni tak payahlah pergi jejauh ke Kajang, makan saja di Awan Besar
(tempat rehat di highway Kesas), sebab Haji Samuri dah buka branch di
sana.

Untuk itu teman nak berkongsi pengalaman (yang mungkin tidak boleh
dilupakan) selepas memakan Satay Haji Samuri. Pada hari minggu yang
lalu, teman berserta dengan adik teman (2 family) baru pulang dari Sungai
Chongkak.

Dalam perjalanan pulang, kami bercadang untuk singgah di Awan Besar untuk makan malam – apalagi, sataylah!!! (jawab anak-anak).

Masing-masing semuanya tengah kelaparan sebab sehari suntuk bermandi-manda di sungai.  Setibanya di sana, kami pun order seperti biasa (masa tu
orang yang makan dan bawa pulang punyalah ramai). Kami pun makanlah dengan penuh berselera sekali tanpa menghiraukan orang sekeliling.

Setelah kenyang, suami teman pergi ke surau untuk solat maghrib & adik ipar teman ke toilet & hisap rokok sebentar.  Lebih kurang 15 minit kemudian kami pun bayar bil & berlalu dari Awan Besar (nak balik rumah awal, sebab
esok anak-anak nak sekolah).

Dalam perjalanan pulang, teman dah rasa ngantuk sebab kenyang sangat,
tiba-tiba adik teman menegur suaminya ‘Papa, tadi makan satay banyak
betul!!’  Terus adik ipar teman cerita…

‘Kalau korang, dengar cerita ni, mesti tak nak makan satay kajang lagi…….. …’  Semua yang ada dalam kereta tanya dia

‘Kenapa??’  Dia pun cerita, setelah dia pergi ke toilet, dia pergi hisap
rokok di tepi toilet tu dekat belakang kedai Satay Haji Samuri (kedainya
di sebelah tepi sekali). Dia memerhatikan seorang pekerja sedang menyatukan sisa-sisa kuah satay (yang biasanya dalam mangkuk kecik-kecik) ke dalam sebuah mangkuk besar.

Seorang pekerja lagi sedang mengumpulkan lidi satay yang telah digunakan
orang ke dalam satu bekas besar.  Adik ipar teman ni secara spontan bertanya kepada pekerja yang sedang menuang sisa kuah satay tadi (sebab
jaraknya lebih dekat dari pekerja yang sedang mengumpul lidi satay).

‘Dik, kuah ni nak buang ke?’ Jawab pekerja tadi,

‘Taklah bang, mana boleh buang, kuah ni mahal tau, kita pakai balik…..’

Adik ipar teman, terkejut betul dengan jawapan tadi, dia pun tanya
lagi .. ‘Lidi-lidi tu pun tak buang ke?’

Jawab pekerja tadi, ‘Ialah bang, kita cucuk satay balik’  Pada mulanya adik ipar teman, ingatkan pekerja tadi bergurau saja, rupa-rupanya pekerja tu bercakap benar.

Kemudian, dia  lihat pekerja itu terus bangun dan membawa sisa kuah yang
telah disatukan ke dalam mangkuk besar tadi ke dalam kedai (mungkin untuk
di hidangkan semula).

Setelah melihat kejadian tadi, adik ipar ku pun terus berlalu dan memegang
perutnya sebab dah kenyang makan satay……. ..

Kami di dalam kereta yang mendengar cerita tersebut sungguh terkejut
dengan cerita tadi. Teman berapa kali tanya adik ipar  teman,

‘Betul ke ni, Fozi…..’ (terasa loya pun  ada).  ‘Betullah’, jawabnya.

Selepas itu bermacam-macamlah perkataan keluar untuk melepaskan
perasaan geram & marah.

‘Cuba bayangkan kita makan sisa kuah satay tu, entah-entah semuanya di campurkan sekali..ee gelinya!’  ‘Ialah, kita manalah tahu kalau orang yang makan ada penyakit HIV ke, penyakit yang senang berjangkit,’

‘Lidinya orang dah gigit-gigit lepas tu kita pulak  gigit….’

‘Patutlah, kita makan sedap aje…..’ ‘Agak-agaknya, dia malas nak masak selalu kuah tu, diam main tambah-tambah aje….’  ‘Entah-entah, itu dia punya petua untuk pelarisnya kot…….’

‘Wallahuallam bissawab’  Suami teman pun cakap untuk meredakan suasana

– well, sekarang kita dah tahu, lepas ini tak janganlah makan lagi Satay Haji Samuri dan kita sebarkan berita ni kat internet supaya orang lain pun
sedar….Itulah ceritanya, so kalau you all nak makan satay, kenalah
berhati-hati.

Tapi yang nyata, teman tak akan makan Satay Kajang lagi

August 27, 2009 - Posted by | info sihat

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: