Dunia Email ku

Just another WordPress.com weblog

mandi wiladah

Salam… sebarkan.. maybe ramai yg x tahu.. Moga ILMU ini dimanfaatkan bersama..Insya-ALLLAH..

Memang betul kenyataan tentang “Mandi Wiladah” itu….. kami telah
bertanyakan hal ini kepada ustazah kita orang last month. MasyaALLAH, betapalah jahilnya kita ini…. tapi according to Ustazah ini, kita memang kena niat dlm hati mandi wajib itu adalah Mandi Wiladah dan tidak boleh kira overall saja.

Sapa-sapa yg lepas bersalin dan belum lagi mengangkat Mandi Wiladah ini maka segala solat & puasanya selama ini tidak akan diterima oleh
ALLAH…Nahuzubillah’minzaliq…Wallahua’lam

Oleh itu kita kenalah meminta ampun dari ALLAH S.W.T kerana tidak
mengetahui akan perkara ini, kerana sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun Lagi Maha Mengetahui… Utk pengetahuan semua, perkara ini telah diajukan oleh saudari kita Ernie Shamsudin semasa sessi mengaji Quran tempoh hari dan disaksikan oleh saya & juga Anisah Ghazi….

Wajib atas kita untuk memberitahu saudara-saudari kita yg langsung tidak tahu akan hal ini…..

Perkara penting yang most women ignored…to tell you the truth..I’ve
talked to several ladies…and kebanyakkannya semua tak tahu yang there exists mandi after bersalin nie…bukan mandi after darah nifas kering tapi mandi after bersalin..a separate hadas besar…reason being
sekiranya ajal menjemput sebelum darah nifas kita kering, kita sudah
berada di dalam keadaan bersuci…

Sewaktu dalam sembang-sembang kecil saya merasa agak terperanjat apabila ada di antara ibu-ibu yang mengatakan mereka tak tahu yang mereka wajib mandi hadas selepas melahirkan anak. Ini kerana ada yang confuse, mereka ingat mandi hadas hanya selepas darah nifas habis. Para bapa langsung la sebab mereka kata, bukan mereka yang beranak… MasyaAllah. Kan ke tugas suami tu membimbing isteri..ini perkara Feqah yang wajib diketahui oleh semua orang.

Ada lagi yang kata sebab masa berpantang tak boleh basah rambut, takut masuk angin.

Saya terfikir balik, selama ini saya take for granted dan assume semua
orang tahu. kadang-kadang timbul rasa bersalah kerana tidak ambil
inisiatif untuk mengingatkan para bapa / bakal bapa dan para ibu / bakal
ibu. Jadi di sini saya nak ambil kesempatan supaya kita ingat mengingati dan kebetulan ramai juga para netters yang sedang menanti kelahiran cahaya mata.

Perkara Wajib mandi hadas besar;

Bagi lelaki 2 perkara:

1. keluar air mani

2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. Tak
keluar mani pun kena mandi juga.

Bagi perempuan:

1. Haid

2. Wiladah (melahirkan anak)

3. Nifas

4. Berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.

Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu. Yang selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan
kelahiran. Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi:

1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH]. Yakni, sebaik sahaja kepala bayi keluar.

2. Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka diwajibkan mandi hadas.

menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik.

Cuma niatkan:

“Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atas ku kerana Allah Taala”.

Tu la saya teringat orang tua-tua kita tak kasi org dalam pantang tu
mandi basahkan kepala, takut masuk angin la, sejuk la… saya terfikir
balik, takkan suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak jaga
pantang. Lagipun mandi wajib selepas melahirkan tu SEKALI je setiap
kelahiran..katalah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang…. dalam masa 40/60 hari tu, cuma sekali je mandi basah rambut, bukan tiap-tiap hari, Mandilah dengan air panas… kita tak suruh mandi dgn air sejuk.. cuma pastikan air tu tak jadi air musta’mal. Itu sahaja.

Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, harap tak ambil remeh perkara ini. Yang
lelaki tu ingatkanlah isteri-isteri anda dan adik-adik pompuan. dan yang
pompuan tu ingatkanlah diri anda dan sedara-sedara pompuan yang
lain..InsyaAllah

Mungkin bagi sesetengah orang yang kata ini soal “remeh” (walaupun ini sebenarnya tak remeh) dapat dikongsi dan diamalkan bersama.

Wallahua’lam.                

September 1, 2009 - Posted by | Amalan

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: