Dunia Email ku

Just another WordPress.com weblog

KATA-KATA HIKMAH

Siapa yang berwudhu saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

Siapa yang bershalawat tidak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

Siapa yang bershalawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.

Bershalawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan bershalawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan sholat fardhu.

Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

Amalkan membaca shalawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

Siapa yang berniat mandi (untuk solat jum’at) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu sholat jum’at, dosanya akan diampun hingga jum’at berikutnya-Ahmad.

Siapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW apabila berwudhu, beliau membasahi janggutnya -Tirmizi .

Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apalagi jika makanan itu pemberian orang lain.\

Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari (ibu jari telunjuk & tengah) -Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 atau 5 jari kecuali ada keperluan.

Menurut Sayyid Ahmad dahlan, siapa bershalawat walau sekali pada malam jum’at, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para Nabi.

Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah shalawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

Perbaharui wudhu tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwudhu dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya -Abu Dawud.

Siapa yang mengamalkan membaca shalawat tiga kali setiap lepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi masalah apapun.

Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum.

Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beshalawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

Nabi tak makan sambil bersandar -Bukhari. Artinya, Baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman.

Menurut Syihab Ahmad, siapa bershalawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan Ishya, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana.

Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung

October 7, 2009 - Posted by | Amalan

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: