Dunia Email ku

Just another WordPress.com weblog

Bab Haid

Bab Tiga Kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam Al Ghazali (Kitab Fekah)

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini… 

Ilmu Fekah, khususnya  BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam…kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ …yang betul-betul pakar dalam bab ‘Orang-orang Perempuan ini’ kecuali terpaksa @ mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak…(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya ini) 

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; 

“adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada’kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?” pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: 

“alaa…itu soalan mudah jee..bila ‘datang period’ maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula ‘bergelar wanita’ dulu”  

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa… 

Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.  Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan  Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama’ terdahulu.

 Dalam BAB TIGA :  
” Fi adab Mua’sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah…” 
perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : 

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: 
Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid : 

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar. 

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya’ sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya’. 

” Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam” (Imam Al-Ghazali)  

HURAIAN MASALAH :  

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor? 
– Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas) 

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama? 
– Kerana di dalam hukum menjama’ (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama’ dan diqosarkan bersama solat Zohor. 
– Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.  

3. Dalam perkara solat subuh pun sama : 
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya’ sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya’. 
-Solat Isya’ juga boleh dijama’ (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib. 
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku) 
-maka langkah ihtiyat  (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.  

Sila rujuk : Kitab Ihya’ Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

October 8, 2009 - Posted by | kenali diri

4 Comments »

  1. TIDAK ADA PERINTAH QADHA BAGI WANITA HAID

    Jabir bin Abdillah r.a menceritakan, Di ketika Perang Khandak Umar al-Khattab menyumpah-marah kaum kafir Quraish di ketika matahari sudah terbenam lalu berkata, “Ya Rasulullah ! Saya tidak sempat mendirikan solat Asar dan matahari sudahpun turun!” Nabi sallallahu-alaihi-wasallam berkata, “Demi Allah! Aku juga belum solat!” Dengan itu kami turun ke Buthan (perigi air) dan Nabi berwudhu’ dan kami juga berwudhu’ dan kemudian kami mendirikan solat Asar setelah matahari terbenam diikuti dengan solat Maghrib. (Maksud hadith dari Sahih Bukhari 1/ 570 dan 2/560).

    Dari Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu , Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
    Maksudnya: Jika tertidur seseorang daripada kamu sehingga tertinggal solatnya ataupun terlupa mengerjakannya, maka hendaklah dia mendirikan solat yang tertinggal itu apabila dia sudah teringat, sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman:”Dirikanlah solat untuk mengingati Aku”.
    (Hadits riwayat Muslim)

    Dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w daripada Uqbah bin Amir memberitahu yang bermaksud: Baginda Rasulullah telah menegah kami dari menunaikan solat dan mengkebumikan jenazah pada tiga waktu berikut: ketika terbit matahari sehingga naik tinggi, ketika matahari berada pada ufuk dan ketika terbenamnya matahari. (riwayat Muslim, jld:1, hlm:568, Abu Daud, jld:2, hlm:185,).

    Abu Hurairah r.a meriwayatkan satu peristiwa yang bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w ketika pulang
    menunggang unta dari peperangan khaibar telah merasakan mengantuk sangat, sehingga baginda bersabda: wahai Bilal
    kita telah ditimpa malam, maka bilal menunaikan solat beberapa rakaat yang terdaya oleh beliau, manakala Rasulullah s.a.w dan para sahabat terus tidur.
    Apabila hampir fajar Bilal menyandarkan badan pada tunggangannya sehingga Bilal tewas dalam mengantuk. Tiada seorang pun dari kalangan sahabat yang terjaga sehinggalah mereka terasa kepanasan matahari. Rasulullah s.a.w adalah yang terawal bangun lalu baginda terkejut. Lantaran Bilal berkata: demi ayahku dan ibuku apa yang berlaku pada diriku jualah yang menimpa dirimu wahai Rasulullah. Kemudian kesemua sahabat bersiap untuk solat. Rasulullah s.a.w berwuduk dan menyuruh Bilal iqamat lalu baginda menunaikan solat fajar dengan mengimami para sahabat.
    Apabila selesai menunaikan solat baginda bersabda: barang siapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat. Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku. (Tahaa:14 ), (riwayat Ibn Majah, jld:1, hlm: 227).

    Haid dan nifas termasuk kategori uzur syari’ie jadi tak wajib qada

    Hadis riwayat Aljama’ah: Mu’adzah berkata: Aku pernah bertanya kepada Aisyah, maka kataku: mengapa orang haid itu mengqadha puasa dan tidak mengqadha sembahyang? Jawabnya: Adalah pernah menjadi pengalaman kami yang
    demikian itu dimasa Rasulullah SAW, maka kami diperintah mengqadha puasa dan tidak diperintah dengan mengqadha
    sembahyang.

    عَن مُعَاذَةَ قَالَت سَأَلَت عَائِشَة قَالَت : أَتَقضِى اِحدَانَا صَلاَتَهَا أَيَّامَ مَحِيضِهَا؟ فَقَالَت: أَحَرُورِيَّةٌ أَنتَ؟ قَد كَانَت إِحدَنَا تَحِيضُ فَلاَ تُؤمِرُ بِقَضَاءِ.

    حسن صحيح.

    Daripada muazah bahawasanya seorang perempuan bertanya ia akan siti aisyah katanya: adakah mengqada’ seseorang daripada kami akan sembahyangnya beberapa hari haidnya, maka katanya : adakah engkau dari kalangan mazhab haruri? (segolongan dari mazhab khawarij, yang menyuruh qada’ solat bagi wanita haid) Sanggahnya: adalah seorang daripada kami haid maka tiada disuruhnya qada’.

    Kewajipan mengqadha puasa dan tidak perlu mengqadha solat juga ditetapkan oleh Syarak. Ketetapan qadha itu tiada kaitan dengan ibadah yang paling baik/utama antara dua ibadah tersebut. Akan tetapi ia kembali kepada keringanan yang ingin diberikan Syarak untuk kaum wanita.

    Masalah qadha puasa dan solat juga kembali kepada ketetapan Syarak (al-Quran dan as-Sunnah). Syarak menetapkan kedua-dua solat dan puasa adalah wajib ke atas lelaki dan juga wanita. Syarak juga menetapkan pengecualian bagi wanita-wanita yang kedatangan haid dan nifas untuk tidak melakukan dua ibadah tersebut sebagai keringanan untuk mereka memandang situasi yang mereka hadapi.

    Comment by tapur | August 16, 2010 | Reply

  2. pening la. mana satu yang betul kalu ikut mazhab safei?

    Comment by inazarina | August 21, 2010 | Reply

  3. kalau ikut mazhab shafie, qada’

    Comment by ummu | May 16, 2011 | Reply

  4. itu lah yang sebenar-benarnya. tak salah menambahkan ilmu pengetahuan tapi jangan sampai mengelirukan sesama umat. Malaysia mengamalkan mazhab safei jadi kita ikutlah landasannya. Allahu Akhbar

    Comment by inazarina | May 19, 2011 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: