Dunia Email ku

Just another WordPress.com weblog

Dirikanlah solat tunaikan zakat

Saya ingin bercerita tentang kejadian yang pernah berlaku di zaman Rasullullah. Cerita ini sebenarnya di ceritakan kepada saya sewaktu masih di bangku sekolah menegah rendah.

Kisahnya begini…

Ada seorang arab yang mempunyai isteri yang… mashaAllah, amatlah teruk perangainya. Si suami seorang yang soleh cuba menasihati tetapi si isteri masih tidak berubah. Berbagai cara telah digunakan untuk mengubah perangai sang isteri namun semuanya menemui jalan buntu. Langsung tidak kelihatan tanda2 bahawa sang isteri akan berubah menjadi baik. Oleh kerana sudah hampir berputus asa, maka si suami lalu berkata

“sekiranya isteri aku berubah menjadi isteri yang baik, maka aku sanggup minum air kencing babi”.

Dengan kuasa Allah maka tiba2 sang isteri telah menjadi seorang isteri dan wanita yang baik. Melihatkan keadaan ini si suami mula berada di dalam keadaan resah dan gusar. Beliau teringat akan kata2nya sebelum itu. Dipendekkan cerita, maka hal tersebut dibawakan kehadapan Rasullullah. Rasullullah yg mendengar masalah tadi kemudiannya menyuruh si suami pergi ke rumah orang islam yang mana di dalam rumah tersebut, ahlinya tidak solat lima waktu. Kemudian tunggulah di rumah orang tersebut sehingga hari hujan.

“Apabila air hujan turun melalui cucur atap rumah tersebut, hendaklah kamu menadah tangan kamu dan meminum air tersebut”, begitulah pesan Rasullullah.

Si suami tadi telah berbuat seperti apa yang telah di arahkan oleh Rasullullah dan setelah itu beliau kembali kepada rasullullah dan bertanya

“apakah tujuannya berbuat demikian?”.

Maka jawab rasullulah “sesungguhnya air kencing babi itu setaraf dgn air yang kamu minum yg mengalir dari bumbung rumah yang ahlinya tidak mendirikan solat di dalamnya”.

Allahualam.. . Maka dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat.

Rozi Amiruddin

November 6, 2009 - Posted by | Amalan, Ceritera

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: