Dunia Email ku

Just another WordPress.com weblog

Jangan makan limau madu Thai

Limau madu yang didakwa mengandungi racun serangga Ethion berlebihan yang boleh membawa maut kepada si pemakannya.

NARATHIWAT (Selatan Thailand ) – Pengguna di Malaysia dinasihatkan tidak membeli buah limau madu dari negara ini kerana ia dikesan mengandungi racun serangga Ethion yang berlebihan dan boleh mengancam kesihatan
sehingga membawa maut.

Ketua Penolong Pengarah (Kesihatan Antarabangsa), Pejabat Kesihatan Pintu Masuk Rantau Panjang, Dr. Mahyin Abd. Hakim berkata, racun serangga tersebut dipercayai digunakan tanpa kawalan oleh petani di negara ini bagi
mengelakkan buah limau madu itu rosak akibat serangan serangga.

Menurutnya, keadaan tersebut menyebabkan racun serangga itu meresap ke dalam buah limau madu itu sebelum dipetik dan dipasarkan.

“Buah limau madu dari negara ini mula dikesan mengandungi racun serangga Ethion pada tahun lalu hasil kajian yang dilakukan ke atas sebahagian buah tersebut yang dieksport ke Malaysia ,” katanya.

January 15, 2010 - Posted by | info sihat

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: