Dunia Email ku

Just another WordPress.com weblog

Cara Membuat Telur Masin

Sumber:upmagronomy. wordpress

Setiap kali ke gerai ataupun restoran makanan, saya selalu melihat telur masin yang dibelah dua, dan adakala saya mengambilnya untuk dimakan bersama dengan nasi, dan adakalnya saya hanya memandangnya sambil menangguhkan hasrat di hati.

hehehe.. Secara tidak langsung, hari ini saya menemui maklumat mengenai cara membuat telur itik masin. Bukankah mudah kalau ia dibuat sendiri, dan boleh juga dibuat untuk menambah sumber pendapatan? Em, rezeki Allah terbentang luas di mana-mana. Selamat membaca semua…

Pendahuluan
Telur masin adalah telur yang diawet yang disediakan dari telur itik. Telur
masin merupakan makanan yang berkhasiat. Proses pengawetan telur masin adalah satu proses yang mudah, ringkas dan menguntungkan. Proses yang dilakukan tidak melibatkan peralatan yang mahal. Memandangkan kandungan zat pemakanannya yang tinggi, telur masin amatlah sesuai dijadikan sumber makanan protin.

Bahan Mentah
Bahan yang diperlukan untuk mengeluarkan 2500, 500 atau 100 biji telur masin:-

BAHAN 2500 biji 500 biji 100 biji
*Telur Itik (biji) 2500 500 100
*Garam Halus (kg) 18.0 3.6 0.72
*Tanah Liat kering (tanah warna kuning) (kg) 22.5 4.5 0.70
*Air (liter) 15 5.0 0.60
*Sekam Padi yang dibakar hitam (kg) 6.25 1.25 0.25

Cara memproses

Telur itik dipilih dari jenis bermutu tinggi. Telur yang mempunyai kuning
telur yang kemerah-merahan adalah lebih sesuai kerana ia akan
menghasilkan telur yang bermutu tinggi.

* Telur dibasuh untuk membersihkan segala kotoran yang melekat pada kulitnya.

* Tanah liat dikeringkan, ditumbuk halus dan diayak untuk memudahkan penyediaan perekat (paste).

* Perekat disediakan dengan membancuh tanah liat, garam halus dan air di dalam bekas sehingga sebati.

* Telur dicelup ke dalam perekat agar satu lapisan perekat menyaluti telur tersebut.

* Telur tersebut kemudiannya digolekkan di atas sekam padi bakar (hitam) sehingga keseluruhan telur tadi disaluti sekam padi dan lapisan asal
(perekat) tidak tanggal.

* Telur dimasukkan ke dalam kotak kayu dan disimpan selama 25 – 30 hari sebelum dijual.

January 19, 2010 - Posted by | Resepi

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: