Dunia Email ku

Just another WordPress.com weblog

di hari pembalasan

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang
diadili..

Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utkberbuat
maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah,

“Tidak demi langit dan bumi, sungguh tidak benar. saya x pernah malakukan perkara itu…”

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa ”

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah,

“mana saksi2 yg engkau maksudkan? di sini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”

Jawab malaikat, “INilah saksi-saksimu…..”

Tiba2 mata berbicara, “Saya yg memandang,”

disusuli dengan telinga, “Saya yg mendengar perkara itu”

Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yg mencium”

Bibir pun mengaku dengan slumbernye, “Saya yg merayu”

Lidah menambah dengan berani, “Saya yang menjilat dan menghisap”

Tangan tanpa malu meneruskan, “Saya yang meraba dan meramas”

Kaki pula menyusul, “Saya yg berjalan dan berlari semasa itu”

“Nah kalau dibiarkan ke semua anggota tubuhmu akan memberikan ke saksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat.

Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahanam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi,

“Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.”

Malaikat menjawab dengan tenang, “Silakan wahai bulu mata”

“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan
segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah
berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun
sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu
diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka, saya sehelai bulu
mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai
membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”

PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL………….

WALAU SEBESAR MANA PUN KESILAPAN YANG DILAKUKAN APABILA ADA KESEDARANDAN KEINSAFAN BERTAUBAT LAH DENGAN
SEPENUH HATI MAKA ALLAH AKAN MEMBERI KEAMPUNAN PADA ORANG YANG BERTAUBAT

April 20, 2010 - Posted by | Ceritera

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: