Dunia Email ku

Just another WordPress.com weblog

Asam Pedas Ikan Sembilang Laut

BAHAN-BAHANNYA :
2 ekor ikan sembilang sederhana besar
1 cawan jus asam jawa
1 genggam daun kesom
1 cawan cili kisar
1/2 inci halia, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
Garam dan gula
8 biji bawang merah*
1/2 inci kunyit hidup*
3 ulas bawang putih*
1/2 camca teh halba*
1/2 inci belacan*(optional- Den tak taruk kerana Den tak makan Belacan)
3/4 camca teh lada hitam (optional)*( *ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :

1. *Ikan sembilang, dikerat2, cuci dan perap dengan garam dan jus limau nipis 10 – 15 minit. Cuci bersih dan toskan. *

2. *Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus, halia dan lengkuas dan tumis hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga terbit minyak. Tuangkan air (anggaran 700ml) dan biar mendidih. *

3. *Masukkan ikan dan daun kesom, kacau rata. Tambah jus asam jawa, perasakan dengan garam dan secubit gula. Biar mendidih perlahan 3 – 4 minit hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

CATATAN Chef Amai :- Jika suka boleh tambah terung, bendi, sawi jeruk atau tomato. Terpulang pada kegemaran masing2. Mana yang guna serbuk perasa tu, boleh juga dicampakkan dalam 1/4 camca teh, bagi sedap lagi katanya! (kalau lebih2, tak lama pastu botak lah kepala u all…..tak dapek den nak menolong!!!) … *

May 23, 2010 - Posted by | Resepi

1 Comment »

  1. Sodapppp….ko. Nii…den baru nak cuboo…

    Comment by Asmara | January 8, 2012 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: