Dunia Email ku

Just another WordPress.com weblog

Tips mengadun dan membakar kek

Kek bukanlah juadah yang hanya disajikan untuk majlis hari jadi atau semasa hari perayaan tapi boleh juga dinikmati pada hari biasa.

Mungkin ada yang bercadang untuk membuat kek mereka sendiri di rumah. Pengetahuan mengadun dan membakar kek penting bagi mendapatkan hasil kek yang baik. Antara asas yang perlu diberi perhatian adalah :

* Pastikan mentega dan gula dipukul sehingga gebu dan putih untuk mendapatkan tekstur kek yang halus.

* Masukkan telur satu persatu dan bancuh dengan perlahan agar ia bercampur sebati dengan mentega dan gula.

* Selang-selikan membancuh tepung dan cecair seperti telur atau susu supaya adunan sebati.

* Panaskan ketuhar 10 minit sebelum membakar kek. Suhu yang sesuai untuk membakar kek adalah 180 darjah celsius. Pemanasan awal untuk membakar kek adalah perlu untuk mengelakkan kek menjadi bantat atau tidak naik.

* Jangan menggunakan acuan yang terlalu besar atau terlalu kecil. Kebiasaannya paras adunan perlu diisi 3/4 penuh di dalam acuan agar kek yang dibakar tidak melimpah semasa sedang dibakar.

* Tahap kestabilan kek semasa membakar adalah – selepas 20 minit. Pintu yang dibuka kurang dari 20 minit akan mengganggu udara panas dalam ketuhar dan menyebabkan kek jatuh.

* Janagan membakar kek terlalu lama kerana akan menyebabkan kek kering.

* Guna pencucuk kek untuk menguji kek yang telah masak. Selain itu jika di permukaan tepi kek telah merenggang dari acuan juga menandakan kek sudah masak.

~Chef Azli Razali

June 8, 2010 - Posted by | Resepi

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: