Dunia Email ku

Just another WordPress.com weblog

4 cara bagaimana Cinta Tidak Lesu

Saya dapati ramai sekali orang mengalami masalah dalam perhubungan. Sama ada perhubungan antara suami isteri, mahupun hubungan antara pakwe dan makwe (awek & balak).

Berikut ini saya kongsikan 4 tips @ cara bagaimana agar cinta tetap mekar dan ‘hangat’ sentiasa.

Kepada mereka yang tengah ‘hangat’ ber’couple’, saya nasihatkan anda untuk segera bernikah secara sah. Kerana perhubungan cinta antara lelaki dan perempuan secara berlebihan (diluar batasan syariat) adalah HARAM dan DILARANG dalam agama.

Tidak semua perhubungan berakhir dengan keindahan, sekali pun perkara itulah yang diharapkan oleh lelaki dan wanita.

Tanyalah pada mana-mana pasangan sekali pun, masing-masing mahukan yang terbaik dalam hidup.

Bagi mereka yang sudah mendirikan rumah tangga pula, tentu saja mengharapkan tiada perceraian atau perbalahan yang boleh menghuru-harakan alam rumah tangga.

Sekali pun penuh dengan pelbagai ujian namun ada kalanya ramai yang tidak mampu bertahan.

Ada masa-masa perhubungan menjadi suram, lesu dan penuh konflik.

Justeru itu bagaimana mahu memastikan bahawa perhubungan sentiasa mekar dan cinta semakin bersemarak?

a.. 1. Bersikap jujur

Kenapa kejujuran diletakkan sebagai perkara asas dalam sebuah rumah tangga atau perhubungan? Tiada siapa boleh membaca hati dan fikiran orang lain kecuali adanya beberapa amalan tertentu secara kebatinan. Ini samalah apabila ditanya tentang adakah anda jujur kepada pasangan anda.

Jawapan di bibir mungkin mengiakannya tetapi di dalam hati, hanya Allah yang maha mengetahui. Ada kalanya di bibir tidak sama dengan ungkapan di hati. Bibir mengungkapkan kejujuran semata-mata untuk menjaga hati orang lain agar tidak berasa sedih mendengar bait ungkapan.

Seharusnya anda bersikap jujur kepada pasangan kerana dengan berterus-terang sahajalah, sebuah perhubungan mungkin dapat diselamatkan.

Sebagai contoh seorang suami yang berlaku curang pastinya akan menghadapi konflik rumah tangga bila kecurangan diketahui isteri.

Perkara utama yang terlintas di fikirkan isteri ialah mahu menuntut cerai sedangkan suami mungkin sudah insaf tentang hal itu. Justeru itu kalau suami bersikap terus terang, memberitahu dengan sejujur-jujurnya tentu saja perhubungan rumah tangga itu masih boleh diselamatkan demi anak-anak yang masih kecil.

Namun apabila isteri sudah percaya, jangan pula anda menjalin hubungan kali kedua atau seterusnya. Kalau ini berlaku, dan kalau anda bercakap jujur sekali pun, pasangan sudah tidak mempercayainya lagi. Jadi berterus-teranglah kerana ia akan menyelamatkan keadaan sekali gus membuktikan bahawa anda masih menyayangi perhubungan ini.

a.. 2. Berkongsi perasaan

Konflik selalunya akan timbul apabila salah seorang memendam perasaan. Bagi mereka, lebih baik berdiam diri dari bercerita yang mana ada kalanya boleh membuatkan hubungan menjadi kecoh.

Kalau anda merasakan perhubungan semakin suram, berkongsilah perasaan dengan dia yang anda sayangi. Sekurang-kurangnya apabila anda sedah meluahkan apa yang terbuku di dada, anda tentu lega. Mana tahu, dia juga berfikiran sama dan percayalah hubungan akan menjadi bertambah mesra dan erat.

a.. 3. Berubah sikap

Setelah anda berterus-terang, berkongsi perasaan dengan pasangan aspek ketiga paling penting ialah mengubah sikap yang mungkin sudah menjadi tabiat anda sebelum ini. Kalau selama ini anda merasakan tugas isteri memasak di dapur, ambil alihlah tugas tersebut. Boleh juga membantunya menyidai pakaiannya, menyapu dan membersihkan lantai dan sebagainya lantai dan sebagainya bagi yang sudah berumah tangga.

Bagi yang belum pula, mungkin boleh membuat kejutan menghadiahkan si dia bunga atau coklat. Paling penting ialah mengubah sikap dari negatif dan positif. Jangan hanya tahu jujur sahaja tetapi tidak mengubah sikap.

Lebih baik anda berubah segalanya-galanya kalau anda merasakan bahawa perhubungan semakin suram. Jadi anda boleh menunjukkan bukti kepada pasangan, anda adalah orang yang paling layak mendampingi dirinya.

a.. 4. Jangan terus menghukum

Jangan terus menghukum jika mengetahui pasangan sudah melakukan kesalahan sekaligus meretakkan lagi perhubungan. Kalau anda menyedari perhubungan sudah mula merosot kualitinya di mana cinta tidak lagi membara-bara, rona-rona cinta juga semakin menyepi, lebih baik anda mengingati kembali rasa cinta yang pernah wujud.

Yakinkanlah, tiada siapa yang tidak pernah melakukan kesalahan tetapi jangan menghukum kerana kita bukan manusia yang maksum. Mungkin tanpa kita sedari, kita juga ada berbuat salah. Tidak dinafikan ada orang cuba menyorokkan kesalahannya tetapi dalam masa sama melihat kesalahan orang lain lebih besar. Jadi demi menyelamatkan sebuah perhubungan, berubahlah kerana tiada manusia yang sempurna.

Sumber artikel : Majalah Mingguan Wanita (Julai 2009) M/S 102

February 25, 2011 - Posted by | kenali diri

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: