Dunia Email ku

Just another WordPress.com weblog

Teknik menulis teks pengacara

Seorang pengacara perlu mempunyai kemahiran menulis teks pengacara. Memang tidak dapat dinafikan bahawa teks pengacara majlis formal sebenarnya bukan ditulis oleh pengacara tetapi setiausaha sesuatu program. Namun begitu, hal
ini tidak bermakna pengacara majlis tidak perlu menulis teks. Adakalanya pihak penganjur atau tuan rumah menyerahkan tugas tersebut kepada pengacara majlis.

Selain itu, majlis seperti majlis perkahwinan, jamuan makan malam, jamuan perpisahan dan majlis amal selalunya memerlukan pengacara majlis menulis teks sendiri. Walaupun teks ini tidak dibaca sepenuhnya, sebagai seorang pengacara majlis, anda harus menyediakan teks sebagai garis panduan dalam mengendalikan sesuatu majlis agar tidak berlaku kepincangan dalam majlis tersebut.

2.1 Teknik Menulis Teks Pengacara

Sebenarnya, dalam menulis apa-apa juga bahan sama ada teks, surat atau kertas kerja, anda perlu mengetahui tekniknya terlebih dahulu agar dapat memudahkan anda menulisnya. Oleh itu, di sini diterangkan serba ringkas teknik penulisan teks pengacara majlis sebagai panduan terutama kepada bakal pengacara majlis dan mereka yang berminat dalam bidang pengacaraan majlis.

2.1.1 Penyediaan Teks

Sebelum menyediakan teks pengacara majlis, anda terlebih dahulu perlu mengetahui nama majlis tersebut, tujuan majlis, dan atur cara sesuatu malis dengan lengkap. Pastikan juga anda mendapat senarai nama jemputan terkini terutama tamu kehormat dan penaja acara jika ada. Setelah itu, baru anda boleh merancang teks anda agar bersesuaian dengan majlis.

2.1.2 Cara Menyediakan Teks Dan Kandungan Teks

Teks pengacara majlis perlu disediakan dalam saiz setengah kertas A4 dan ditulis dalam tiga ruangan, iaitu masa, panduan (CUE) dan pengumuman (ANN) seperti:

Masa

CUE

ANN 1

Ruangan masa, diperuntukkan untuk mencatat jangka masa sesuatu acara.
Manakala ruangan ‘cue’ pula merupakan ruangan untuk mencatat panduan bagi
sesuatu pengumuman. Dengan kata lain, ‘cue’ ini merupakan penanda aras bagi
menentukan sesuatu pengumuman itu dibuat. Ruangan ‘announcement’ pula ialah
ruangan yang perlu dibaca oleh pengacara majlis. Ruangan inilah yang
mencatatkan setiap perkara yang perlu diumumkan oleh pengacara majlis.

Yang berikut merupakan contoh penyediaan teks pengacara majlis:

Masa

CUE

ANN 1

8.30 pagi

Apabila isyarat, iaitu YAB Timbalan Perdana Menteri masuk ke dalam dewan dengan diiring oleh Yang Berbahagia Ketua Pengarah. dan Pengarah

Mengumumkan ketibaan Yang Amat Berhormat ………… .. dengan diiringi oleh
Yang Berbahagia ………… dan Yang Berusaha ………… . masuk ke dewan
dan seterusnya mengambil tempat di atas pentas.

Perlu diingatkan di sini bahawa setiap muka surat diperuntukkan untuk satu pengumuman sahaja. Hal ini penting agar jika terdapat perubahan pada saat akhir berkaitan perjalanan atur cara, maka perkara ini memudahkan pengacara menyusun semula teks mengikut atur cara tanpa perlu membuat contengan yang akan mengelirukan. Teks yang telah lengkap perlu diklip untuk diselak ke atas atau ke kanan.

Advertisements

February 25, 2011 - Posted by | ingin tahu?

2 Comments »

  1. terima kasih

    Comment by pau | September 16, 2011 | Reply

  2. sama sama. mana yang baik kita sebar-sebarkan

    Comment by Anonymous | September 17, 2011 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: