Dunia Email ku

Just another WordPress.com weblog

Aloha Pizza

Kosmo-Jumaat-16 Disember 2011

Masak semudah A,B,C bersama Bee
bee.abdullah@gmail.com

Siapa kata membuat piza adalah satu perkara yang susah? Bagi saya ia boleh menjadi salah satu cara menjimatkan dengan mengitar semula lebihan makanan seperti ayam panggang atau daging ayam belanda yang masih berbaki daripada parti makan malam.

Saya dapati ramai yang kurang menggemari doh piza yang tebal. Saya sendiri lebih gemarkan menikmati doh piza yang nipis kerana tidak memberi rasa muak apabila menikmati piza dan dapat mengelakkan pembaziran. Salah satu alternatif tebaik untuk doh piza nipis ialah dengan menggunakan roti lebanon. Ia boleh didapat di pasar raya atau kedai roti.

Apa yang menarik dengan piza ini ialah kita boleh mempelbagaikan hiasan atas (topping) mengikut cita rasa keluarga. Anda boleh gantikan ayam dengan bahan lain seperti hirisan sosej, tuna dan sebagainya.

Bagi golongan ibu, resepi ini pasti boleh menambat hati anak kecil. Anda boleh gantikan bahan topping dengan apa sahaja makanan kegemaran anak anda dan pada masa yang sama masukkan sayuran seperti hirisan bayam agar lebih berkhasiat.

Aloha Piza (untuk 4 potong piza)
Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak : 5-10 minit

Untuk satu piza
Harga setiap hidangan : RM5 (anggaran sahaja)

Bahan-bahan:
4 Keping roti lebanon
250gm keju mozarela

Bahan A (asas piza)
100gm puri tomato
2 sudu kecil minyak zaitun
Sedikit garam dan lada hitam

Bahan B (topping piza)
4 keping hirisan nanas dalam tin (dipotong kecil)
1 biji bawang besar Belanda (didadu kecil)
5 keping cendawan portobello (dihiris)
1 biji lada benggala (dihiris)
1 cawan isi ayam panggang yang dicarik-carik

Cara membuatnya:

Campurkan semua bahan A dan kacau hingga sebati. Kemudian sapukannya pada permukaan roti lebanon.

Aturkan bahan B di atas roti mengikut cita rasa anda. Akhir sekali taburkan keju mozarela yang telah dicarikkan dengan rata.

Bakar di dalam oven antara lima hingga 10 minit pada suhu 180 Celcius atau sehingga keju cair dan berwarna keemasan.

Tip:
*Jika anda tidak mempunyai puri tomato, boleh gantikan dengan sos tomato.
*Pastikan hiasan atas tidak dibiarkan terlalu lama di atas roti sebelum dibakar. Jika tidak roti akan menjadi lembik.

Advertisements

December 18, 2011 - Posted by | Resepi

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: