Dunia Email ku

Just another WordPress.com weblog

Waktu Berjimak menurut Islam

Info daripada Majalah Wanita

1. Malam ISNIN
Anak yang dilahirkan berpegang teguh pada kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian-Nya.

2. Malam SELASA
Mulut anak berbau harum sekali gus melembutkan hati orang, bersih lidahnya dari mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

3. Malam KHAMIS
Anak akan menjadi bijaksana di kalangan orang bijaksana atau alim di kalangan orang alim.

4. Apabila MATAHARI BERADA DI TENGAH LANGIT
Anak tidak dihampiri syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih. Allah SWT juga rezekikan padanya keselamatan agama dan dunia.

5. Malam JUMAAT
Anak akan menjadi seorang pemidato yang petah dan berwibawa.

6. Malam JUMAAT SELEPAS WAKTU ISYAK YANG AKHIR
Anak akan menjadi seorang yang terkemuka.

7. Hari JUMAAT SELEPAS WAKTU ASAR
Anak akan menjadi seorang yang terkenal dan alim.

February 28, 2012 Posted by | ingin tahu?, Keluarga, kenali diri | Leave a comment

Jom Cuba Guna Penutup Periuk Jadi Antena TV

Telok Kemang – Penutup periuk digunakan oleh seorang warga emas untuk dijadikan antena televisyen di rumahnya dan ternyata ia dapat memberikan liputan siaran yang sangat jelas.

Warga emas berkenaan, V Mutumany, 62, berkata, dia pada awalnya hanya mencuba mengubah suai penutup periuk yang tidak digunakan lagi untuk dijadikan antena selepas antenanya patah akibat ditiup angin.

“Wayar untuk antena disambung terus ke penutup periuk dan digantung di bahagian atas rumah.

“Siaran televisyen sangat jelas dan saya boleh menonton televisyen seperti biasa,” katanya ketika ditemui di rumahnya, baru-baru ini.

Mutumany berkata, dia sendiri tidak menyangka ideanya itu sangat praktikal dan membawa kebaikan.

October 23, 2011 Posted by | ingin tahu? | Leave a comment

Teknik menulis teks pengacara

Seorang pengacara perlu mempunyai kemahiran menulis teks pengacara. Memang tidak dapat dinafikan bahawa teks pengacara majlis formal sebenarnya bukan ditulis oleh pengacara tetapi setiausaha sesuatu program. Namun begitu, hal
ini tidak bermakna pengacara majlis tidak perlu menulis teks. Adakalanya pihak penganjur atau tuan rumah menyerahkan tugas tersebut kepada pengacara majlis.

Selain itu, majlis seperti majlis perkahwinan, jamuan makan malam, jamuan perpisahan dan majlis amal selalunya memerlukan pengacara majlis menulis teks sendiri. Walaupun teks ini tidak dibaca sepenuhnya, sebagai seorang pengacara majlis, anda harus menyediakan teks sebagai garis panduan dalam mengendalikan sesuatu majlis agar tidak berlaku kepincangan dalam majlis tersebut.

2.1 Teknik Menulis Teks Pengacara

Sebenarnya, dalam menulis apa-apa juga bahan sama ada teks, surat atau kertas kerja, anda perlu mengetahui tekniknya terlebih dahulu agar dapat memudahkan anda menulisnya. Oleh itu, di sini diterangkan serba ringkas teknik penulisan teks pengacara majlis sebagai panduan terutama kepada bakal pengacara majlis dan mereka yang berminat dalam bidang pengacaraan majlis.

2.1.1 Penyediaan Teks

Sebelum menyediakan teks pengacara majlis, anda terlebih dahulu perlu mengetahui nama majlis tersebut, tujuan majlis, dan atur cara sesuatu malis dengan lengkap. Pastikan juga anda mendapat senarai nama jemputan terkini terutama tamu kehormat dan penaja acara jika ada. Setelah itu, baru anda boleh merancang teks anda agar bersesuaian dengan majlis.

2.1.2 Cara Menyediakan Teks Dan Kandungan Teks

Teks pengacara majlis perlu disediakan dalam saiz setengah kertas A4 dan ditulis dalam tiga ruangan, iaitu masa, panduan (CUE) dan pengumuman (ANN) seperti:

Masa

CUE

ANN 1

Ruangan masa, diperuntukkan untuk mencatat jangka masa sesuatu acara.
Manakala ruangan ‘cue’ pula merupakan ruangan untuk mencatat panduan bagi
sesuatu pengumuman. Dengan kata lain, ‘cue’ ini merupakan penanda aras bagi
menentukan sesuatu pengumuman itu dibuat. Ruangan ‘announcement’ pula ialah
ruangan yang perlu dibaca oleh pengacara majlis. Ruangan inilah yang
mencatatkan setiap perkara yang perlu diumumkan oleh pengacara majlis.

Yang berikut merupakan contoh penyediaan teks pengacara majlis:

Masa

CUE

ANN 1

8.30 pagi

Apabila isyarat, iaitu YAB Timbalan Perdana Menteri masuk ke dalam dewan dengan diiring oleh Yang Berbahagia Ketua Pengarah. dan Pengarah

Mengumumkan ketibaan Yang Amat Berhormat ………… .. dengan diiringi oleh
Yang Berbahagia ………… dan Yang Berusaha ………… . masuk ke dewan
dan seterusnya mengambil tempat di atas pentas.

Perlu diingatkan di sini bahawa setiap muka surat diperuntukkan untuk satu pengumuman sahaja. Hal ini penting agar jika terdapat perubahan pada saat akhir berkaitan perjalanan atur cara, maka perkara ini memudahkan pengacara menyusun semula teks mengikut atur cara tanpa perlu membuat contengan yang akan mengelirukan. Teks yang telah lengkap perlu diklip untuk diselak ke atas atau ke kanan.

February 25, 2011 Posted by | ingin tahu? | 2 Comments

Mahirkan diri dalam bahasa Inggeris

Kaedah Permulaan Perbualan

Dengan menggunakan kaedah permulaan perbualan ini, anda sebenarnya belajar cara-cara untuk memulakan sesuatu perbualan itu berdasarkan tujuan perbualan itu. Hal ini amat berkesan dan amat efektif kerana anda cuma belajar teknik
untuk memulakan perbualan sahaja dan kemudian menamatkan perbualan itu mengikut kesesuaian situasi.

Tujuan 1: Menolak permintaan/pelawaan

Kadang-kadang anda berada dalam situasi anda perlu menolak sesuatu pelawaan atau apabila anda terpaksa menolak permintaan pertolongan daripada orang lain. Jika anda sekadar berkata ‘no’, maka bunyinya agak kasar dan biadab.
Berikut adalah beberapa contoh permulaan perbualan untuk anda menolak sesuatu pelawaan atau permintaan dengan baik:

I’m afraid I can’t.
Saya rasa saya tak boleh.

I’m sorry, but I really.
Maafkan saya, saya memang.
Maafkan saya, saya betul-betul.

Thank you for the offer, but I need/have.
Terima kasih atas pelawaan/tawaran itu, tapi saya kena/ terpaksa.

Sorry, but I don’t particularly like ..
Maaf, tapi saya tak berapa suka/gemar.

I’d really/rather not.
Kalau boleh, saya tak nak/mahu.

Thank you, but it’s not my idea of.
Terima kasih, tapi perkara ini bukan idea yang baik untuk.

Sorry, I’m not really fond of.
Maaf, tapi saya tak gemar/tak berapa suka.

That’s very kind of you, but I really have to.
Baik hati betul awak ni, tapi saya memang/terpaksa.

Info

Lebih sopan untuk anda menyebut thank you atau sorry sebelum anda menolak sesuatu pelawaan atau permintaan. Jangan mulakan ayat anda dengan no kerana perkara ini dianggap biadab dan tidak berhemah.

Contoh pembinaan ayat

1. I’m afraid I can’t join you for lunch today. I have some urgent work to complete.
Saya rasa saya tak boleh sertai awak untuk makan tengah hari. Saya ada kerja penting yang perlu disiapkan.

2. I’m sorry, but I really am busy right now.
Maafkan saya, saya memang sibuk sekarang ini.
Maafkan saya, saya betul-betul sibuk sekarang ini.

3. Thank you for the offer, but I need/have to go home early.
Terima kasih atas pelawaan/tawaran itu, tapi saya kena/terpaksa balik awal hari ini.

4. Sorry, but I don’t particularly like watching wrestling.
Maaf, tapi saya tak berapa suka/gemar menonton gusti.

5. I’d really/rather not go shopping today. I am very tired after the game.
Kalau boleh, saya tak nak/mahu membeli-belah hari ini. Saya amat letih selepas permainan itu.

6. Thank you, but it’s not my idea of resting.
Terima kasih, tapi bukan idea yang baik untuk berehat.

7. Sorry, I’m not really fond of camping.
Maaf, tapi saya tak gemar/tak berapa suka berkhemah.

8. That’s very kind of you, but I really have to decline your offer.
Baik hati betul awak ni, tapi saya terpaksa menolak permintaan awak.

Artikel di atas dipetik daripada Bab 3: Memahirkan Diri Dalam Perbualan dengan Kaedah Permulaan Perbualan dalam buku Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berbahasa Inggeris – Perbualan Sehari-hari Dalam Bahasa Inggeris. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di http://www.books.perintis. com.my.

January 21, 2011 Posted by | ingin tahu?, motivasi | Leave a comment

Rahsia Angka 13

Assalamua’laikum wr wb……… ..

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1 – Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 – Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 – Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 – Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 – Ruqu’ :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 – I’tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 – Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 – Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 – Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 – Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 – Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 – Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

“Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /
Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”

Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

December 9, 2010 Posted by | Amalan, ingin tahu? | Leave a comment

26hb

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berAKAL” – Al-Imran 190

Bencana Tahun 1500-2000:
26 Jan 1531 gempa bumi di Lisbon, Portugal, 30.000 orang tewas
26 Jan 1700 gempa di Laut Pasifik, dari Vancouver Island, Southwest Canada off British Columbia hingga Northern California, Pacific Northwest,USA. Dikenal sebagai megathrust earthquake.
26 Jul 1805 gempa bumi di Naples, Calabria, Italy, 26.000 orang tewas
26 Aug 1883 Gunung Krakatau meletus, 36.000 orang diperkirakan tewas
26 Dec 1861 gempa bumi di Egion, Yunani
26 Mar 1872 gempa bumi di Owens Valley, USA
26 Aug 1896 gempa bumi di Skeid, Land, Islandia
26 Nov 1902 gempa bumi di Bohemia, sekarang Czech Republic
26 Nov 1930 gempa bumi di Izu
26 Sep 1932 gempa bumi di Ierissos, Yunani
26 Dec 1932 gempa bumi di Kansu, Cina, 70.000 orang tewas
26 Okt 1935 gempa bumi di Colombia
26 Dec 1939 gempa bumi di Erzincan, Turki, 41.000 orang tewas
26 Nov 1943 gempa di Tosya Ladik, Turki
26 Dec 1949 gempa bumi di Imaichi, Jepun
26 Mei 1957 gempa di Bolu Abant, Turki
26 Mar 1963, gempa bumi di Wakasa Bay, Jepang
26 Jul 1963 gempa bumi di Skopje, Yugoslavia, 1.000 orang tewas
26 Mei 1964 gempa bumi di S. Sandwich Island
26 Jul 1967 gempa bumi di Pulumur, Turki
26 Sep 1970 gempa bumi di Bahia Solano, Colombia
26 Jul 1971 gempa bumi di Solomon Island
26 Apr 1972 gempa bumi di Ezine, Turki
26 Mei 1975 gempa bumi di N. Atlantic
26 Mar 1977 gempa bumi di Palu, Turki
26 Dec 1979 gempa bumi di Carlisle, Inggris
26 Apr 1981 gempa bumi di Westmorland, USA
26 Mei 1983 gempa bumi di Nihonkai, Chubu, Jepang
26 Jan 1985 gempa bumi di Mendoza, Argentina
26 Jan 1986 gempa bumi di Tres Pinos, USA
26 Apr 1992 gempa bumi di Cape Mendocino, California, USA
26 Okt 1997 gempa bumi di Italia

Tahun 2000 – kini

Tsunami di Aceh tanggal 26 Desember’04,
Gempa Jogja 26 Mei 2006,
Tasik gempa 26 Jun 2010,
Tsunami Mentawai 26 Oktober 2010,
Merapi Meletus 26 Oktober 2010.

Ada apa dengan 26.? Trnyata..dlm alquran, juz 26 surat asy-syu’ara yg didalamnya menceritakan pngertian tntg azab Allah… Subhanallah

November 25, 2010 Posted by | ingin tahu? | Leave a comment

rahsia jantina laptop korang

SEKADAR HIBURAN

buka “notepad”, tulis CreateObject( “SAPI.SpVoice” ).

Speak”I love YOU”

pastu save as i love you.vbs ,

pastu tutup file tu dan double click file tu….

korg akan terdengar bunyi “i love you”….

tentukan jantina computer anda melaui bunyi..tu je..

selamat mencuba…

August 22, 2010 Posted by | ingin tahu? | Leave a comment

Kena tindih

Janganlah kite ni selalu tuduh hantu le, jin le….tahyul semua tu. Fenomena kene tindih….kepercayaan dan kebenaran..

just to share…. aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni…….. betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan,hujung jari, terasa berat kat dada…nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) ….
kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena….aku pun jujur pernah ade pengalaman kena ‘tindih’ ni masa skolah menengah dulu….aderla dalam 3-4 kali jugak….masa tu aku sedar….boleh bukak mata separuh….. aku tau aku sedar….tapi takleh gerak…kadang2 geram, sbb takleh gerak…..pastu 5 minit baru leh gerak….aku dulu pun takut…mmg ingat kena hempap dah…lps boleh gerak tu seram sejuk jer….. tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia….. baru la aku tau kebenaran dia….. ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer ‘sleep paralysis’

Sleep paralysis atau dimelayukan ‘lumpuh waktu tidur’….adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). . … temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis)

ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement…. .waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage…..otak akan bagitau badan kita suruh rehat…so, badan kite kira macam switch off kejap…..REM atonia (tader muscle tone)……

ok, otak kiter pun ader switch off button….dipanggil reticular activating system RAS…….bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni……so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on…..kirenyer screensaver laaa or hibernate… so,, bila kita bangun, RAS switched on balik……kita sedar fully awake state….tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter…… maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika… before otak activate balik……mmg menakutkan tapi benar….. tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer…tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc….
Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations( halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)

Sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:
1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni…penat sgt)
4. stress yang byk kat otak…masalah keluarga, kewangan bla2
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal….heheh extreme sgt contoh aku ni)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy

So jangan lagi kata kena hempap ngan hantu… Korang lagi hantu sebenornye.. ……..

Tapi kalau korang yang terutamanaya kaum wanita tu kalau celik jer mata tiba2 kena tindih dek laki jangan la korang baca ayat Kursi tu..nanti tebakar lak laki…bacalah Alhamdulillah! !!!…..

Heheheeeee…..

April 13, 2010 Posted by | Ceritera, ingin tahu? | Leave a comment

General Keyboard Shortcuts

Remember these keys when ur mouse is not working this is very helpful.
General keyboard shortcuts
* CTRL+C (Copy)
* CTRL+X (Cut)
* CTRL+V (Paste)
* CTRL+Z (Undo)
* DELETE (Delete)
* SHIFT+DELETE (Delete the selected item permanently without placing the item in the Recycle Bin)
* CTRL while dragging an item (Copy the selected item)
* CTRL+SHIFT while dragging an item (Create a shortcut to the selected item)
* F2 key (Rename the selected item)
* CTRL+RIGHT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next word)
* CTRL+LEFT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous word)
* CTRL+DOWN ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next paragraph)
* CTRL+UP ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous paragraph)
* CTRL+SHIFT with any of the arrow keys (Highlight a block of text)
* SHIFT with any of the arrow keys (Select more than one item in a window or on the desktop, or select text in a document)
* CTRL+A (Select all)
* F3 key (Search for a file or a folder)
* ALT+ENTER (View the properties for the selected item)
* ALT+F4 (Close the active item, or quit the active program)
* ALT+ENTER (Display the properties of the selected object)
* ALT+SPACEBAR (Open the shortcut menu for the active window)
* CTRL+F4 (Close the active document in programs that enable you to have multiple documents open simultaneously)
* ALT+TAB (Switch between the open items)
* ALT+ESC (Cycle through items in the order that they had been opened)
* F6 key (Cycle through the screen elements in a window or on the desktop)
* F4 key (Display the Address bar list in My Computer or Windows Explorer)
* SHIFT+F10 (Display the shortcut menu for the selected item)
* ALT+SPACEBAR (Display the System menu for the active window)
* CTRL+ESC (Display the Start menu)
* ALT+Underlined letter in a menu name (Display the corresponding menu)
* Underlined letter in a command name on an open menu (Perform the corresponding command)
* F10 key (Activate the menu bar in the active program)
* RIGHT ARROW (Open the next menu to the right, or open a submenu)
* LEFT ARROW (Open the next menu to the left, or close a submenu)
* F5 key (Update the active window)
* BACKSPACE (View the folder one level up in My Computer or Windows Explorer)
* ESC (Cancel the current task)
* SHIFT when you insert a CD-ROM into the CD-ROM drive (Prevent the CD-ROM from automatically playing)
* CTRL+SHIFT+ESC (Open Task Manager)
Dialog box keyboard shortcuts
If you press SHIFT+F8 in extended selection list boxes, you enable extended selection mode. In this mode, you can use an arrow key to move a cursor without changing the selection. You can press CTRL+SPACEBAR or SHIFT+SPACEBAR to adjust the selection. To cancel extended selection mode, press SHIFT+F8 again. Extended selection mode cancels itself when you move the focus to another control.
* CTRL+TAB (Move forward through the tabs)
* CTRL+SHIFT+TAB (Move backward through the tabs)
* TAB (Move forward through the options)
* SHIFT+TAB (Move backward through the options)
* ALT+Underlined letter (Perform the corresponding command or select the corresponding option)
* ENTER (Perform the command for the active option or button)
* SPACEBAR (Select or clear the check box if the active option is a check box)
* Arrow keys (Select a button if the active option is a group of option buttons)
* F1 key (Display Help)
* F4 key (Display the items in the active list)
* BACKSPACE (Open a folder one level up if a folder is selected in the Save As or Open dialog box)
Microsoft natural keyboard shortcuts
* Windows Logo (Display or hide the Start menu)
* Windows Logo+BREAK (Display the System Properties dialog box)
* Windows Logo+D (Display the desktop)
* Windows Logo+M (Minimize all of the windows)
* Windows Logo+SHIFT+M (Restore the minimized windows)
* Windows Logo+E (Open My Computer)
* Windows Logo+F (Search for a file or a folder)
* CTRL+Windows Logo+F (Search for computers)
* Windows Logo+F1 (Display Windows Help)
* Windows Logo+ L (Lock the keyboard)
* Windows Logo+R (Open the Run dialog box)
* Windows Logo+U (Open Utility Manager)
Accessibility keyboard shortcuts
* Right SHIFT for eight seconds (Switch FilterKeys either on or off)
* Left ALT+left SHIFT+PRINT SCREEN (Switch High Contrast either on or off)
* Left ALT+left SHIFT+NUM LOCK (Switch the MouseKeys either on or off)
* SHIFT five times (Switch the StickyKeys either on or off)
* NUM LOCK for five seconds (Switch the ToggleKeys either on or off)
* Windows Logo +U (Open Utility Manager)
Windows Explorer keyboard shortcuts
* END (Display the bottom of the active window)
* HOME (Display the top of the active window)
* NUM LOCK+Asterisk sign (*) (Display all of the subfolders that are under the selected folder)
* NUM LOCK+Plus sign (+) (Display the contents of the selected folder)
* NUM LOCK+Minus sign (-) (Collapse the selected folder)
* LEFT ARROW (Collapse the current selection if it is expanded, or select the parent folder)
* RIGHT ARROW (Display the current selection if it is collapsed, or select the first subfolder)
Shortcut keys for Character Map
After you double-click a character on the grid of characters, you can move through the grid by using the keyboard shortcuts:
* RIGHT ARROW (Move to the right or to the beginning of the next line)
* LEFT ARROW (Move to the left or to the end of the previous line)
* UP ARROW (Move up one row)
* DOWN ARROW (Move down one row)
* PAGE UP (Move up one screen at a time)
* PAGE DOWN (Move down one screen at a time)
* HOME (Move to the beginning of the line)
* END (Move to the end of the line)
* CTRL+HOME (Move to the first character)
* CTRL+END (Move to the last character)
* SPACEBAR (Switch between Enlarged and Normal mode when a character is selected)

Microsoft Management Console (MMC) main window keyboard shortcuts

* CTRL+O (Open a saved console)
* CTRL+N (Open a new console)
* CTRL+S (Save the open console)
* CTRL+M (Add or remove a console item)
* CTRL+W (Open a new window)
* F5 key (Update the content of all console windows)
* ALT+SPACEBAR (Display the MMC window menu)
* ALT+F4 (Close the console)
* ALT+A (Display the Action menu)
* ALT+V (Display the View menu)
* ALT+F (Display the File menu)
* ALT+O (Display the Favorites menu)

MMC console window keyboard shortcuts

* CTRL+P (Print the current page or active pane)
* ALT+Minus sign (-) (Display the window menu for the active console window)
* SHIFT+F10 (Display the Action shortcut menu for the selected item)
* F1 key (Open the Help topic, if any, for the selected item)
* F5 key (Update the content of all console windows)
* CTRL+F10 (Maximize the active console window)
* CTRL+F5 (Restore the active console window)
* ALT+ENTER (Display the Properties dialog box, if any, for the selected item)
* F2 key (Rename the selected item)
* CTRL+F4 (Close the active console window. When a console has only one console window, this shortcut closes the console)

Remote desktop connection navigation

* CTRL+ALT+END (Open the Microsoft Windows NT Security dialog box)
* ALT+PAGE UP (Switch between programs from left to right)
* ALT+PAGE DOWN (Switch between programs from right to left)
* ALT+INSERT (Cycle through the programs in most recently used order)
* ALT+HOME (Display the Start menu)
* CTRL+ALT+BREAK (Switch the client computer between a window and a full screen)
* ALT+DELETE (Display the Windows menu)
* CTRL+ALT+Minus sign (-) (Place a snapshot of the entire client window area on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing ALT+PRINT SCREEN on a local computer.)
* CTRL+ALT+Plus sign (+) (Place a snapshot of the active window in the client on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing PRINT SCREEN on a local computer.)

Microsoft Internet Explorer navigation

* CTRL+B (Open the Organize Favorites dialog box)
* CTRL+E (Open the Search bar)
* CTRL+F (Start the Find utility)
* CTRL+H (Open the History bar)
* CTRL+I (Open the Favorites bar)
* CTRL+L (Open the Open dialog box)
* CTRL+N (Start another instance of the browser with the same Web address)
* CTRL+O (Open the Open dialog box, the same as CTRL+L)
* CTRL+P (Open the Print dialog box)
* CTRL+R (Update the current Web page)
* CTRL+W (Close the current window)

April 13, 2010 Posted by | ingin tahu? | Leave a comment

Pengalaman Kereta Terhumban Dalam Sungai Kelang

Jam 0130, 17 Ogos 2009, aku dalam perjalanan pulang ke Bukit Tunku selepas supper bersama rakan di Kg. Baru.. Setiba di Jalan Kinabalu, ada sebuah kereta menghimpit aku di sebelah kiri.. Aku cuba mengelak ke kanan dan terlanggar pembahagi jalan di sebelah kanan lalu kereta aku tercampak perlahan ke kiri jalan dengan keadaan tayar belakang over steer… Untuk mengawal kereta dari terus berpusing, aku pun tekan la pedal minyak… Oleh kerana jalan licin, tayar depan aku spin lalu tercampak dengan lajunya ke dalam Sungai Klang..

Dengan berbekalkan ilmu yang aku pelajari dari Discovery Channel, aku sempat membuka pintu sebelum kereta aku masuk ke dalam sungai.. Air masuk ke dalam kereta dengan lajunya kerana paras air sungai yang tinggi disebabkan hujan pada petang tersebut.. Cabut seat belt, aku terus pecahkan cermin sebelah driver untuk mengurangkan tekanan yang menghimpit pintu sebelah driver sambil membuka pintu dan terus berenang ke luar kereta melawan arus sungai yang agak deras….

Aku selamat.. Cuma cedera ringan di tangan, siku, bahu, dahi, tengkuk dan juga peha.. Syukur.. Nak kena bertaubat ni..

Kereta aku mungkin total lost coz chassis dah lari habis.. Pillar dah bengkok..

Aku bersyukur masih selamat.. Banyak kebarangkalian yang tidak berlaku yang mungkin akan menyebabkan kematian aku seperti short circuit masa aku masih dalam kereta atau kereta aku hentam konkrit yang kat tepi sungai tu.. syukur….

Berkongsi ilmu sikit,

Kalau kereta dah nak masuk air, cepat-cepat buka pintu dan tingkap.. Macam kes aku, aku sempat buka pintu je.. Tapi bila dah jatuh, pintu tu tertutup balik… Tapi tak rapat la.. Even tak rapat pun, aku masih susah nak buka balik disebabkan tekanan air yang kuat.. Aku kena pecahkan cermin tingkap sebelah aku untuk kurangkan tekanan air dan buka pintu.. Tekanan masih kuat masa tu tapi tidak la sekuat kalau tingkap tak buka.. Aku cuma mampu buka pintu sikit je, muat-muat badan aku nak keluar..

JANGAN TANGGALKAN SEAT BELT SEBELUM KERETA MENDARAT.. Ini penting.. Seat belt memang akan menyusahkan anda keluar.. Lagi-lagi yang pakai harness dan full bucket.. Tapi dalam kes aku, seat belt la yang selamatkan aku dari terhumban ke cermin depan aku yang memang dah pecah.. Seat belt juga la yang buatkan aku masih melekat kat seat… Kalau tak pakai, aku rasa air dah tolak aku kena kat body kereta dah, tak pun kena kat cermin depan yang dah pecah..

Dah masuk dalam air, memang lemas.. Macam kes aku, lepas kereta dah mendarat kat dasar sungai, air terus masuk sampai tenggelam kereta.. Takde kesian dah… Lemas camne pun, JANGAN GELABAH.. Mula memang aku gelabah.. Sebab aku gelabah la aku buang masa dalam 5 minit kat dalam kereta untuk cabut seat belt.. Lepas 5 minit baru aku try tenangkan diri dan hasilnya, aku dapat cabut seat belt senang je..

Dah cabut seat belt, cuba cari jalan keluar dari kereta secepat mungkin.. Macam kes aku, aku pecah cermin belah driver dan buka pintu… Aku keluar ikut pintu.. Kalau terpaksa pecah cermin, pecah pakai kaki.. Aku pecah pakai tangan sebab aku dah tak fikir apa.. Akibatnya, aku mengalami kesukaran untuk berenang sebab tangan aku pedih giler..

Dah keluar, JANGAN LEPAK ATAS BUMBUNG KERETA menunggu bantuan.. Berenang secepat mungkin ke tebing.. Tak reti berenang pun, cuba juga berenang.. Berenang macam anjing pun takpe, asalkan berjaya jauhkan diri dari kereta.. Kita tak tahu bila kereta akan meletup atau short circuit akan berlaku… Macam kes aku, aku tak berenang ke tebing.. Aku asyik fikir nak selamatkan beg dan juga external drive office awek aku.. Pas dah keluar kereta, aku hulur tangan kat boot untuk amik beg, kemudian baru aku berenang ke tebing… Nasib aku baik sebab tak jadi apa-apa… Aku tak dapat bayangkan kalau masa aku tengah sibuk nak tarik beg tu kereta aku short atau terbakar.. Mahu rentung aku..

Itu sahaja yang mampu aku kongsi pengalaman.. Harap korang boleh ambil masa baca apa yang aku taip ni untuk kegunaan kemudian hari.. Kita tak mintak tapi takdir kita siapa yang tahu.. Yang paling penting, bawa kereta berhati-hati dan ikut peraturan.. Nak mod kereta bagi laju boleh tapi biar guna dengan cara yang betul..

April 13, 2010 Posted by | ingin tahu? | Leave a comment